Selasa, 26 Julai 2011

~♥ JOM FIKIRKAN ♥~

..:: ♥ .:|:. ♥ FIKIRKAN ♥ .:|:. ♥ ::..
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan. Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa. Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup dan masih punya harapan.....

♥♥..♥`•.¸.•´.(¯`v´¯)(¯`v´¯). `•.¸.•´♥..♥♥..♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥♥♥♥•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♥
sumber dr: HOT MUMMY GROUP

Jumaat, 22 Julai 2011

~Dasyatnya Doa Seorang Ibu~

*baca sbg panduan kita semua....Buat anda semua...ibu2 yg berkerjaya...bagus utk diamalkan..*

Assalamualaikum Semua,
izinkan saya memyampaikan ilmu yang sangat berguna untuk diri saya sendiri sebagai seorang ibu kerana merasakan artikel ini sangat2 berguna untuk panduan kita semua......dah lama dah artikel ni saya dapat daripada seorang rakan melalui email...cuma baru kali ini berkesempatan membacanya....setelah habis membaca dan memikirkan ada baiknya saya berkongsi sesuatu yg bermanfaat kepada rakan yg lain.....harap jangan ada yg membacanya separuh jalan....kerana pasti anda rugi kerana setiap barisan ayat yg disampaikan setiap satunya mengandungi ilmu yg harus kita praktikkan bagi menjalani kehidupan seharian sebagai seorang anak juga seorang ibu pastikan baca hingga ke barisan ayat terakhir.....

gambar ni ehsan dari google

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka (1) Melihat kaabah sehingga menitis air mata (2) Membaca quran sehingga menitis air mata (3) Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! 1) Anak 2) Ibu 3) Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” *** “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita

* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah ** “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” **“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

* Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

* Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

* Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
* Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

* Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

if x cube x tau...so why not ..no harm done.....insyaALLAH.....niat kita suci & ikhlas....

Khamis, 7 Julai 2011

ketawa & senyuman adalah senaman wajah.....

artikel ini sumber dr: http://anizyn.blogspot.com
SmileyCentral.com
Menatap wajah yg sering terukir senyuman pastinya mbuatkan hati gusar terasa tenang. Lirikan bibir jg mampu melembutkan hati hgga cair jadinya. Kecantikan wajah empunya diri jg dilihat semakin manis tatkala mperlihatkan barisan gigi hadapan tanpa mngambil kira ia trsusun rapi mahupun sebaliknya, pastinya ttp indah.
Senyuman diibaratkan seakan kelopak bunga yang mula berkembang dan keindahannya tidak dapat diceritakan kerana 
ia bagaikan magnet.
Di samping memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cukup sekadar ikhlas untuk menjadikannya manis.
Keindahan senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati mereka yang sedang marah atau mampu memulakan sesebuah ikatan.

Kajian dilakukan sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan bahawa tekanan terbahagi kepada kepada dua kategori iaitu yang baik dan tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai tekanan positif, manakala tekanan kurang elok akan menyebabkan tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Si comel berumur antara empat hingga enam tahun ketawa kira-kira 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari bagi orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit atau mngalami masalah tekanan dan kemurungan dlm kehidupan harian.

Saintis mendapati senyum dan ketawa ibarat larian yang mampu merangsang seluruh sistem anggota tubuh sekali gus baik untuk mengembangkan saraf otak, termasuk hormon. Senyuman juga bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai berkaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak bagi mengurangkan kesakitan fizikal yang sering dirasai dewasa.

Kajian juga menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam menerima manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Lantas kedua-dua kadar ini menurun dengan lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Sementara itu, pengkaji dan pengamal Barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan saja berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut `tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Kemanisan senyuman juga memberikan banyak manfaat kepada kesihatan antaranya ia mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian membuktikan tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan turut akan bertambah selaras dengan pertambahan protein yang bertindak melawan penyakit. Selain itu, senyuman juga membuatkan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Mgkin inilah jawapannya mngapa sesetengah individu kelihatan jauh lbh tua drp usia sebenar mereka.

Ketawa atau senyum juga menjadi aktiviti senaman ringkas untuk wajah kerana hasilnya mampu mengurut organ dalaman tubuh, menguatkan otot dan melancarkan sistem pernafasan. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ahad, 3 Julai 2011

popia nestum

bercerita pasal entri ni....sebenarnya dah lama meminati popia nestum ni...mmg feberet sekeluarga. dah lama tercari-cari resipi cara nak membuatnya...pernah bertanya pd seseorg tapi sekadar bercakap & tak masuk dalam kepala otak langsung...sebenarnya belum terbukak hati & minda nak mempraktikkan serta merealisasikannya.....
kini resipi dalam tangan & mudah sekali memnyediakannya..semudah A..B..C, melalui blog seorang teman yg sememangnya cekal dan kental dlm hidup mencari sumber rezeki halal untuk keluarga....sudi berkongsi resipi ini...
si fatin mucuk ni yg suka sgt mkn popia nestum........aritu beli sebalang tak cukup........so ibu pun ambiklah insiatif utk buat sendiri buat pertama kalinya.............
tgk tu sempat dia posing baik punyer sambil buat homework.....sambil tgk upacara sesi ibu menggulung kulit popia kmdn guntingkan secara serong.....melekakan buat xtv ni tau..
yg ni popia yg telah siap digoreng......
cantikkan warna coklat keemasan....
sedap dimakan camtu je...lemak2 & rangup2 gitu....
hah......pasti semua org nak tahukan.....apakah bahan2 yg diperlukan sebagai penyedap rasa popia nestum ni kan...inilah dia 3 bahan utama....yg 1st dh tentulah nestumkan....2nd horlick......dan 3rd gula pasir yg dikisar halus.....berapa sukatan nanti saya beritahu di akhir entri ni...so tgk pic dulu sampai habis okay...
nilah rupa popia nestum yg telah siap digaulkan dgn ketiga-tiga bahan tadi.......alamak waktu saya menaip entri ni.....popia nestum ni dah selamat dah pun....bila tgk pic ni...terasa-rasa nak makan benda ni pulak.........jawabnya kenalah ke kedai & beli segala bagai untuk buat sekali lagi........okay bagi sesiapa yg nak tahu resipi sebenar jomlah salin resipi ni ye.........selamat mencuba
bahan2
1 peket besar kulit popia (anggaran 40 keping)
1/2 cawan gula pasir dikisar halus
1/2 cawan nestum dikisar juga
1/3 horlicks
~satukan semua jadi satu...kmdn gaul rata bersama kulit popia yg dah siap digoreng~
itu sahaja.....mudah sangatkan

Sabtu, 2 Julai 2011

bergedil

ni makanan feberet......bergedil........kalau salah sebut jadi berdegil.......hahahaha.....sure semua org sukakannya......dari kanak2 hingga org dewasa.....kalau makan soto takde bergedil tak syokk ooo.

nak membuatnya pun bukan susah sangat...maknanya mudahlah tu kan....yg jadikan kita ni rasa susah sbb kdg2 perasaan malas menguasai diri....eleh tak payahlah...buat yg simple je sudahlah apa nak susah2....hah......tu kan ayat2 biasa kita dengar.....tapi rugilah kan tahu makan je tapi tak tahu buat......malas rajin belakang kira tau.....yg penting kita tahu nak buat dia.....sedap tak sedap pun belakang kira.....yg penting usaha sampai jadi sedap....tgklah kalau dah mula menulis.....sesedap rasa je tangan ni menaip....sedar tak sedar nanti masuklah segmen merapu......hehehe.

mehlah kita share resipi keluargaku ini..........yg pasti mudah....ringkas....bes3......jom layan!!!
bahan2nya:-

5 biji kentang - kupas kulit - potong 4 & goreng
daun bawang + daun sup - hiris halus
bawang goreng
daging kisar lbh kurang dlm 2 ringgit camtu - dimasak sekejap utk keringkan air dia
lada sulah / lada hitam ditumbuk halus (saya suka guna lada hitam)
sedikit garam

telur sebiji - kacau + garam....sbg bahan salut begedil

*cara menyediakan:-

tumbuk kentang yg digoreng td hingga lumat.....kmdn masuhkkan dlm bekas, gaul bersama bawang goreng, daun sup/daun bawang, daging, lada hitam & garam. kmdn kepalkan menjadi bulat...tekankan jadi leper sedikit....celupkan dalam telur tadi dan goreng hingga kekuningan...itu sahaja...mudahkan.....

Selasa, 28 Jun 2011

YoK tOlOnG bAbAh...!!!

 hah.....bila tiba time cuti atau takde apa nak buat.....daripada tidur atau rehat2 saje.......meh tolong babah bersih belakang rumah yg dah bersarang.......kalau biarkan leh jadi hutan hujan tropika.......amboi......amboi.......amboi over la pulak, takdelah sampai macam tukan......hehehe

kamu.....kamu.....& kamu....yang kusayang

ibu kemas depan & dalam rumah
kamu......kamu.....& kamu......hihihihi silalah ke belakang rumah......nah ambik cangkul & parang..1..2..3 mula....
sesekali bergotong royong macam ni anak beranak.....mmg seronok
tapikan mmg betul pun seronok...lepas buat semua ni rasa hepi jek
sebab semua org keluarkan peluh.....untuk siapa?
untuk kita & keluarga kita...yehaaa...sekali lagi hidupku hepi....


Rabu, 22 Jun 2011

~ SAHABAT ~

thumb_sahabat.jpegSahabat adalah orang yang banyak berinteraksi dengan kita dan kuat pula pengaruhnya terhadap peribadi dan kehidupan seseorang. Oleh itu dalam bersahabat perlulah terlebih dahulu memilih sahabat yang dapat membawa kepada kebaikan. Disamping itu kita perlu menjaga adab-adab persahabatan.

Kata Imam Ghazali:
Didalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:

1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.


3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.

5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.

Kesimpulannya
Dalam memilih sahabat,perhatikanlah sifat mereka.Mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas kita pilih sebagai sahabat,tetapi mereka yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut kita sekadar kita berbaik dan bertegur sapa sahaja.Adalah lebih baik jika kita mampu menegur kesalahan mereka agar mereka memperbaiki diri dan meninggalkan sifat buruk mereka.

Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!

Isnin, 20 Jun 2011

~soto~

kenapalah selalu sibuk sangat....dah lama dh niat nak post entri ni..tp baru berkesempatan...syukur ada juga masa yg sesuai...seronok sebenarnya kalau dapat menulis dgn panjang lebar..akan tetapi kekadang idea seakan tersekat-sekat...tapi kira ok lah ni kan drpd x tahu apa nk ditulis langsung....marilah kita berkongsi resipi kegemaran orang johor ni.....

~soto nasi~

bahan2 untuk kuah
rempah penumis (kayu manis / bunga lawang / buah pelaga / bunga cengkih)
ayam - anggaran 1 1 /2 ekor - ( 1 ekor ayam potong 4)
serai - 2 batang dititik
1 inci lengkuas - diketuk
*10 biji bawang merah (kalau bawang besar dlm 4-5 biji cukup)
*5 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
*1 peket rempah soto (saya guna rempah adad)
*2 sudu besar rempah beriani / rempah kurma (yg ni saya guna beriani)(semua bhn tanda* kisar ye - jadi satu)
daun bawang /sup
garam / bhn perasa /gula sikit

cara masak:-
tumis rempah penumis hingga wangi...masukkan lengkuas, serai & bhn yg kisar tadi tumis hingga mereneh... bau wangi & bila dh garing sikit masukkan ayam...kaki...leher...semua angota ayam...kepala je jgn hehehe...tuangkan air secukupnya....kmdn masukkan garam gula & bhn perasa..masak sampai ayam empuk...dah sedap, tabur daun sup/bawang....nk letak bwg goreng pun boleh( saya x letak...nk mkn nt baru letak)*jangan lupa keluarkan ayam yg dikerat 4 td...sejukkan then siat-siatkan isi dia......

aksesorinya:-
nasi impit / ketupat segera - potong 4 segi
ayam yg disiat tadi
kacang tanah goreng
soo hoon goreng
taugeh - dicelur
bergedil - (next entry ye resipi )
daun bawang/sup - dihiris
sambal kicap

~ selesai ~

Rabu, 25 Mei 2011

lebiuu sayang

suker...suker...suker...suker

tak tahu nak cakap apa....akhirnya dapat jugak

abang terima kasih........sbb belikan ni......
sekarang semua jadi mudah....anak2 yg suka guna ni...
sbb sikit2 nak fotostat....sikit2 nak fotostat

now x yah susah2 gi kedai lagi.......or tunggu ibu gi opis fotostatkan

~ THANK YOU SAYANG ~


Jumaat, 20 Mei 2011

taugeh goreng

alalala......ni resipi main campak2 jek...kejam mata pun leh buat ni......hehehe. walaupun nmpk senang tp tetap menyelerakan..nak2 lawan ngan ikan goreng or ayam goreng....pastu buatlah sambal belacan sikit..makan ngan nasi perrgh....sedapppp...xp payah pikir nak masak lauk byk2......meh ambik resipi ni...lebih kurang halal ye..main agak2 je kuantitinya....

bahan2nya:-
taugeh - ikut suka nak masak byk mane
udang segar..buang kepala
tauhu - goreng dulu..pastu potong kasar
fish cake - goreng dulu pastu potong kasar
daun bawang - hiris panjang2 anggaran 1 1 /2 inci
cili merah - dihiris
bawang merah / putih - dihiris
sedikit garam / bahan perasa

cara masak:-
tumis bawang..lada hingga layu...pastu masukkan udang, tauhu & fishball letak sedikit air...
masukkan garam/bahan perasa kacau hingga mereneh...kmdn masukkan taugeh + daun bawang
kacau lebih kurang, jangan lama sgt (separuh masak).....tutup api...siap untuk dihidangkan...

Ahad, 15 Mei 2011

udang masak blackpepper

hah...ni lagi satu resipi yang menjadi kegemaran famili saya......sememangnya sangat mudah nak menyediakannya...... lagi  pula bahan2nya senang nak cari.........ni antara hidangan kami sekeluarga semalam(14/05/2011)...jangan segan jangan malu kalau anda teringin nak cuba resipi ni.....tak rugi punyer.....ambil saje okay...
bahan2nya:-
kacang ercis@kacang polong - ikut suka nak brape byk
udang anggaran 1/2 kilo - kalau saya 1/2 kilo x cukup...hehehe
capsicum / lada benggala - anggaran separuh shj (ada merah/kuning....saya guna yg hijau sbb masa pegi kedai cuma tu je yg ada...kalau warna warni lg cantik...hehehe)
bawang besar 1 labu (mayang kasar2)
bawang putih 3 ulas - diketuk
lada hitam ditumbuk - anggaran 1 sd kecil - kalau nk pedas lg tambah lagi
sedikit garam /gula / bahan perisa
sos tiram  -anggaran 1 sudu besar
sedikit air
cara2 masak:-
tumis bawang besar..bawang putih hingga naik bau....masukkan capsicum, kacang ercis, lada hitam..gaul rata....kmdn masukkan gula/garam/bhn perisa/sos tiram.....kalau agak kering....tambahkan sedikir air kacau hingga mendidih.....masukkan udang...gaul rata...tapi jgn terlalu lama sbb nanti udang akan jadi keras....kurang lah sedapkan.....pastu rasa...kalau dah ok...tutup api dan siap untuk dihidang....mudah kan.....selamat mencuba
Biji ercis kaya karbohidrat serta protein dan cepat membuat kenyang ketika dimakan.

urap/kerabu pegaga

suka tak makan ulam?.......bukan semua orang pandai makan ulam-ulaman ni. ...macam saya juga, tak semua jenis ulam-ulaman yg saya makan.....macam petai, jering, buah kerdas....maaf cakap ye.....ada yg mengatakannya sgt sedap utk dijadikan ulam makan bersama nasi.....tapi saya tak retilah.....walaupun sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan....kata orang tua2....saya cuma pandai makan ulaman jenis yg berdaun shj.....ada antaranya boleh mencegah pelbagai penyakit seperti darah tinggi....kencing manis dan sebagainya.....mari kita kongsi resipi yg sgt mudah dan ringkas buat semua penggemar ulam-ulaman.....

daun ulam(optional) - saya guna pegaga
buah cekur + daun cekur(hiris halus)
(a)bahan rempah yg dikukus:-
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
kelapa parut putih
cili padi
belacan bakar
gula/garam/ajinomoto(jika suka)
~ tumbuk semua bhn2 di atas kecuali daun ulam & daun cekur......gaulkan jadi satu....itu saje

Khamis, 12 Mei 2011

Kamera DSLR

Dimensi baru dunia fotografi

Bagi peminat yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi, memiliki sebuah kamera untuk tujuan tersebut pastinya menjadi kemestian dan impian. Malah, ada antara peminat gajet tersebut masih tercari-cari peneman yang benar-benar sesuai dengan bajet, kualiti, mesra pengguna tetapi mampu menghasilkan gambar yang menarik.
Jika dilihat senarai harga bagi kamera DSLR (Digital Single-lense Reflex) kini yang mampu milik, ia tidak lagi mustahil untuk diperoleh peminatnya. 
Biarpun anda merupakan pendatang baru bidang fotografi, ia tidak bermakna anda perlu menghabiskan puluhan ribu untuk mendapatkan sebuah kamera yang benar-benar bagus bagi mendapatkan hasil karya fotografi yang terbaik.
sumber di atas dipetik dari Utusan Online.................
sememangnya impian yg tak tahu & tak pasti bila dapat memiliki gadjet terbaik ini.....seronok bermain dengan kamera ini....byk nostalgia & peristiwa penting dapat dirakam buat tatapan untuk dikenang kenang.......berangan jelah....hahahaha :)

On Sale For: MYR 3,039.00 (est. USD 1,066.32)
mak oiii nilah harga sebenar di pasaran..........sekadar meminati dan ingin memiliki.......

Rabu, 11 Mei 2011

ikan goreng berhalia 3 sos

kadang2 fikiran jadi buntu memikirkan apa yg harus dimasak untuk dihidangkan pd insan2 tersayang ni.....makin kerap memasak semakin hilang punca & idea sebenarnya...kerana mengulang-ulang sesuatu masakan yg sama.......dalam pd memikirkan tetiba datang suatu idea...plinkkk!!!.......maka muncul resipi sebegini......layan gambar & jomlah share ye....simple & mudah

bahan2:-
ikan anggaran dlm 5-6 keping (ikan merah / kaci / senangin & bawal pun boleh - sukahati) - digoreng dulu (lumur ikan dgn garam, kunyit serbuk & tepung jagung)
(A)
bawang besar 1 ulas yg besar - potong dadu
bawang putih 3 ulas
cili merah 3 btg - potong kasar@lada benggala
halia dlm 2 inci - hiris
(B)
daun ketumbar
sos cili
sos tiram
sos tomato
garam/ajinomoto
sedikit air


cara2:-
Tumis semua bahan (A)...hingga naik bau....pastu masukkan 3 jenis sos tadi, kacau...masukkan garam, ajinomoto...kalau kering sgt tmbahkan sedikit air dah mendidih masukkan ikan & daun ketumbar...gaul rata hingga kering sedikit. siap dihidangkan....

Ahad, 8 Mei 2011

MACAROON....

akhirnya dapt jugak menuntut ilmu pembuatan macaroon....terimakasih pd JPW....en.azrie kalau x silap....call saya...
JPW:.....nak blajar wat macaroon tak?...
saya:....nt saya fikir dulu eh..
JPW:.....tak boleh fikir2....kena bgtahu arini jugak....sbb saya hadkan utk 40 org peserta je....kalau tak nak saya nk call org lain
saya:....eh...eh nk lah.....bila lagi nk dpt peluang camni kan...hehehe
so 06/05/2011......akhirnya off keje.....& pegilah ke SAF Akademi kat pandan city tu.....wowowo.....ramainya rakan wanita yg sememangnya baru pertama kali jumpa.....tp syukur sesangat sbb semuanya baik2......tiada masalah langsung sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.....paling bes bila dpt tahu tenaga pengajar yg begitu popular dan begitu similar dgn ilmu pembuatan kuih muih & masak memasak ni.....kak pau dari Akademi Citra Klasik....kelas yg bermula seawal 8.30 pagi berakhir hingga ke jam 5.oo ptg...adalah suatu pengalaman menarik yg sgt berguna untuk para wanita tak kira surirumah sepenuh masa...yg bekerjaya...juga yg dah ada bisness sendiri...kerana menimba ilmu ity tidak mengenal siapa diri kita sebenarnya..yg paling penting sifat keikhlasan & keyakinan perlu ada...so insyaAllah di masa akan dtg cuba untuk meluangkan masa & brsiap sedia menghadiri kelas2 seterusnya...demi diri sendir & keluarga tercinta....mari kita kongsi tengok antara gambor2 yg diambil waktu di kelas macaroon...





yang besnya lagi...sebelum sesi belajar bermula...kami dimotivasikan oleh Pengarah JPW Puan Rohz Mohamad dgn tajuk "raja kerajaan diri'........pastu ceramah berkaitan bagaimana mengaplikasikan jari jemari melalui kaedah "kuasa tangan" bg menangani stress bg wanita oleh Puan Emma pengasas Saujana Herba.....berbaloi-baloi lah kan.....semoga memanfaatkan setiap ilmu yg diajar...INSYAALLAH....

Isnin, 2 Mei 2011

happy birthday afiq

12 thn sudah.......cepatnya masa berlalu..dah nak kena buat ic......pastu tak lama lagi akan menduduki satu cabaran besar peringkat awal UPSR...ibu yg berdebar-debar.......dia relaks je mcm takde apa2....apapun ibu ucapkan Selamat Hari Lahir Yg ke12........smoga afiq menjadi anak yg soleh........jadi contoh/idola pd adik2.......itu harapan ibu...doa sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu selagi ibu ada nyawa dikandung badan.......semoga Allah makbulkan impian ibu...Amin...
semalamnya kami dh seleberet in advance kat LC catering jln tebrau tu....lupalah pulak nk bawak camera...ambiklah pic guna handphone.....malangnya tak dapat nk upload pic..usb cable ilang...card reader problem.......nk direct upload credit tinggal ciput....ooh tpaksa bsabar & tunggu waktu sesuai nt ibu upload kan gambor tu.......walapun cuma gambor biasa tp sgt beerti pd ibu yg mmg sukakan xtvt ambik2 gambor ni..nk wat kenang-kenangan....meh kita layan gambor2 xtvt kat rumah je....jom tengok
 maaf ye afiq sbb ibu x sempat nk buatkan kek sendiri....ibu babah beli yg segera je kat season.....
 ni menu kegemaran afiq..nasi ayam..mudah & ringkas tapi nyum..nyum..nyum
 aksesori wajib (1)
 ayam goreng madu...
 aksesori wajib (2)
aksesori wajib (3)

 
donut ni buat sebelah petang...sempat hantar ke 3 buah rumah jiran..bila dah dtg mood rajin, macam nilah...x berhenti2 duduk dapur...tapi puas hati tau..yg penting anak2 hepi apatah lg mr.hubby..dia mmg suka kalau saya rajin camni....donut ni nampak gelap sikitkan..mmg saje je goreng garing2 sikit, sbb nak makan sendiri...buat pun comel2 sikit....alhamdulillah habis licin semuanya...tiada pembaziran berlaku & sekali lagi hidup ku betul2..........HAPPY.........

Jumaat, 29 April 2011

Bila Usia Menjelang Empat Puluh…

BILA USIA MENJELANG 40.....
Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin
Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.

Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!

Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh. Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.
 
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Usia 40 Dalam Al-Quran
Jika kita kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta usia insan, Yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-Quran memberikan ingatan tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati. Demikian Allah berfirman: (maksudnya)
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)
Bagi yang dapat memahami bahasa Arab, dapat merasai keindahan bilah-bilah ayat di atas. Ia tersusun dengan cantik, indah dan penuh kerohanian. Ia menusuk kalbu, menusuk rohani yang lesu lantas mengheret insan ke dataran Tuhan. Ia mengingatkan tentang perjalanan insan; dari hari dia dalam kandungan ibunya, sehingga dilahirkan, sehingga matang, sehingga berusia empat puluh.
Lalu dia diajar agar berdoa untuk dirinya, untuk keturunannya dan agar dia bertaubat atas segala dosa yang dilalui sebelum menjelang empat puluh. Maka dia pun menjadi insaf yang benar-benar menyerah diri atau muslim. Dengan ayat ini, insan yang insaf tersentuh jantung hatinya, perasaannya tersentak, rohaninya sebak lalu dia terduduk insaf, taubat, ibadat dan terus membasahi perjalanan hidupnya dengan linangan airmata takwa sehingga bertemu Allah.
Keinsafan
Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut. Para mufassirin berbeza pendapat. Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini.
Perjalanan hidup; pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami ‘apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?’. Dalam suasana keinsafan itu, dia lantas berdoa dengan penuh harap agar Allah memberikannya kurnia perasaan ‘kesyukuran’ atas segala nikmat yang diperolehi selama ini. ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. Maka, hilanglah bongkak, hilanglah sombong, hilanglah bangga diri dan terasa kerdil atas segala yang dinikmati.
Kesombongan
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah. Pada usia ini, teringat pula tentang zuriat yang bakal muncul dalam kehidupan, lantas insan pun berdoa untuk zuriatnya seperti yang Allah ajar dalam ayat di atas.
Selepas itu, menginsafi perjalanan hidup selama empat puluh tahun, insan pun berkata “Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”. Bergabunglah keinsafan, taubat dan penyerahan. Maka berdasarkan ayat dalam Surah al-Ahqaf ini, kita diajar untuk bertaubat apabila menjelang usia 40 tahun. Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H):
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).
Ganjarannya..
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)
“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).
Indahnya janji dari Yang Maha Benar. Diterima segala kebaikan, diampun kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga. Alangkah indahnya. Soalnya, mampukah diri memulakan azam baru dan beristiqamah atasnya?! Berikanlah pertolonganMu Ya Allah!
Kematangan
Usia 40 tahun adalah usia yang mengajakkan kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Usia 40 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman empat dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).
Usia 40 usia adalah tanda aras usia insan yang insaf, syukur, merendah diri, ibadah, harapan, taubat dan penyerahan. Usia 40 adalah usia bersungguh-sungguh dalam memikul amanah, membuang kedangkalan, mengambil iktibar dari pengalaman dan bertindak dengan hikmah dan kebijaksanaan. Ya Allah! Selamat kami pada usia ini sehingga kami bertemuMu!

-- Jazakumullahu khairan kathiira