Selasa, 30 Jun 2009

plain / simple / budget cupcake

choc moist cupcake
harga:RM0.80/pc + container

RED THEME - marble cheese brownies

Simple deco untuk majlis pertunangan adik sabtu (27/06/2009)...tunang simple2 je yer...nanti kahwin baru akak buatkan kek fondant, steambutter cream..hehehe(sebenornye tak khatam lagi)

KEK LAPIS LAGI

isnin 29/06/2009 ...attended class kek lapis lagi..sbb teruja tengok kek-kek lapis yg diajar oleh cikgu azie....tu yang bila azie sms on the date ada kelas kek lapis popular, trus confirm nama nak join..jom layan gambor..nyum-nyum....
KEK LAPIS BETAWI@REMPAH

KEK LAPIS COKELAT

KEK LAPIS MASAM MANIS


KEK LAPIS PRUNE


sekitar majlis pertunangan adik(EDA & IJAL)

TAHNIAH...Semoga ikatan ini diakhiri ke jinjang pelamin serta berkekalan hingga ke hujung nyawa..insya Allah

Rabu, 17 Jun 2009

order pada 16/06/2009

ni order untuk hari semalam sebanyak 150 pcs daripada izal dan ika yg bertugas di pertubuhan peladang johor, terima kasih semua...


http://aurarasa.blogspot.com

Selasa, 16 Jun 2009

sesuatu yang bernilai

antara artifak yg sempat dirakam di muzium negara, kuala lumpurTambah Imej

jalan-jalan

ni kat sate kajang hj samuri 13/06/2009





ni kat muzium negara 13/06/2009














Isnin, 15 Jun 2009

makan-makan


ni pulak...karipap....mak cik zue yg buat..saja untuk makan-makan dalam kereta....pada hari jumaat(12/06/2009) sbb nak gi K.L..bwk anak jalan-jalan cuti sekolah....karipap ni inti kentang + daging...resepi x sempat nak salin lagi...nanti senang-senang zue try attach resepi skali....layan gambor dulu...

marble cheese brownies





brownies ni ditempah oleh farah dari kempas.....untuk hantaran sempena hari persandingan abangnya. jauh brownies ni belayar nun di utara sana, kerana abangya dpat orang penang..so sampai ke penang la brownies ni......pada mulanya fara ni nak order kek..tp taknak yg ada krim..sbb takut cair sbb jauh perjalanan....pikir-pikir punye pikir, fara setuju untuk tempah brownies sahaja.....apapun "SELAMAT PENGANTIN BARU' buat abang fara serta isteri...dan terima kasih pada fara dan keluarga sbb tempah brownies ni dgn kak zue....harap semua puashati......nanti order lagi ye..

tempahan pada10/06/2009

hah yang ni ditempah oleh seorang ibu mengandung yg teringin sangat nak makan blueberry cheese tart ni....dia order sebanyak 50 pcs sahaja..anyway thank you banyak2 ye...nanti jangan lupa order lagi

Jumaat, 12 Jun 2009

SENARAI HARGA

1) barbie doll cake(sponge cake)-RM60.00

2) barbie doll cake + base/platform(choc moist cake)-RM120.00

3) cheese tart (blueberry / strawberry)-RM30.00 for 50pcs

4) fruit tartlet(3 kind of fruit)-RM32.00 for 50pcs

5) choc moist cake with ganache topping -RM45/kg

6) cupcake(choc moist or any flavour) plain/budget/simple deco - RM0.80/pc

7) cupcake(medium shouffle cup) with buttercream deco - RM2.00/pc

8) cupcake(medium shouffle cup) with buttercream + ready made gumpaste flower - RM2.50/pc

9) cupcake(medium shouffle cup) with ganache + strawberry - RM2.50/pcs

10) cupcake(medium shouffle cup) with buttercream + fondant + royal icing - RM3.00~RM3.50

11) marble cheese brownies w/o deco - RM35.00/tray(9" x 9")

12) marble cheese brownies with deco - RM45 ~ RM55 depends on decoration

13) *kuih-muih (talam tokyo / serimuka) - RM18.00/tray (9" x 9")

14) *kuih-muih (cara berlauk / manis) - RM18.00 for 50 pcs

15) apam mawar / mekar - RM12.00 for 70pcs

16) coconut blossom - RM12.00 for 60 pcs

17) marble bread pudding - RM20.00/tray (9" x 9")

Isnin, 8 Jun 2009

kek marble pulak

ni pulak...bahagian minum petang hari ahad 07/06/2009, dah macam diari pulak blog zue...asal buat kuih je nak ambik gambor, tak kiralah jadi ke tak jadi, mesti nak ambik gambor dan upload dlm blog...saje suka2.....kek marble ni anak-anak zue yg suka, pikir apa nak buatkan dia orang untuk petang ahad ni....tak sekolah asik lapor je, buat yg senang-senang jer...yg gerenti jadi.....dah tinggal sikit baru nak ambik gambor....

MUFFIN JEM BLUEBERRY

HARI SABTU(06/06/2009) saje-saje je try buat muffin....resepi ambik daripada buku yang dibeli lebih setahun lalu, dah lama terperap, entah angin baik kali terasa nak mencuba......macam jadik jer...muffin jem blueberry x susah nak buat dia rupenyer...elok untuk mereka yg mempunyai kadar kolesterol yang tinggi..kerana muffin ni mempunyai kandungan serat yg tinggi iaitu oat dan tidak menggunakan kuning telur samasekali, hanya menggunakan putih telur sahaja......layan gambar ni...

Jumaat, 5 Jun 2009

semalam(04/06/2009) telah siapkan blueberry cheese tart - 150pcs, fruit tartlet-100pcs. tapi lupa nak ambik gambar...dah kelam kabut..sbb orang yg menempah tu nak ambik malam tu jugak.....apa pun terima kasih banyak pada jora, eda dan kengkawan yg mengorder tuh.....walaupun penat tetap seronok sbb dah minat. sekurang-kurangya dapat mengisi masa lapang dan memahirkan diriku ini untuk menapak lebih jauh lagi dalam bidang memasak, membakar, mendeco dan apa2 aje yg sewaktu denganya

Isnin, 1 Jun 2009

choco cheese brownies

brownies ni zue buat pada hari ahad lepas 31/05/2009, inspired from kak rinnchan's recipe(marble cheese brownies). saje zue transform corak dia jadik camni.....anak2 zue semua suka...nak masa baru keluar oven...saje buat makan2 & minum petang, sesapa yg berkenan bolehlah order...1 loyang RM35.00 je...(anggaran sekilo camtu)

tempahan pada 30/05/2009

ni order daripada kawan adik ipar yg bekerja di asiapin johor bahru...dia ni orang sabah, nak bawa balik kampung katanye...alahai sampai sabah fruit tart ku ini..naik flight lagik.... tq ye dik....nanti jgn lupa order lagi..he..he

tempahan pada29/05/2009

ni repeat order daripada kawan adik(eda) yg bekerja di peladang johor, blueberry cheese tart(150 pcs) & strawbery cheese tart(100 pcs). Ada yg order untuk makan2, ada untuk majlis bertunang, apapun terima kasih semua.....