Jumaat, 29 April 2011

Bila Usia Menjelang Empat Puluh…

BILA USIA MENJELANG 40.....
Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin
Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.

Tiada raja, tiada penguasa yang mampu menghalang waktu dari beredar. Kita adalah makhluk Allah yang dipenjara dalam ikatan waktu. Tidak mampu keluar dari sistemnya walaupun sedikit, melainkan dengan izin Allah jua. Jika Allah mahu, nilaian dan kadar waktu kita akan berbeza atas kurniaan keberkatan dari Pencipta waktu iaitu Allah Yang Maha Agung!

Saya menulis tulisan ini ketika melihat tanpa mampu menghalang usia sendiri yang makin bergerak menuju 40 tahun. Tak berapa lama lagi, angka itu akan menjelang. Ramai orang berfalsafah tentang usia empat puluh. Ada yang berkata ia permulaan ‘kenikmatan hidup’, ada pula yang berkata ia adalah permulaan tarikh luput kehidupan. Ada yang berkata ia detik untuk mula berpesta dengan hidup. Ada yang kata usia empat puluh mula jadi ‘orang tua’. Ya! empat puluh juga menamatkan usia ‘pemuda’ dalam banyak organisasi.
 
Right-click here to download pictures. To help protect your privacy, Outlook prevented automatic download of this picture from the Internet.
Usia 40 Dalam Al-Quran
Jika kita kembali kepada Allah, Tuhan yang mencipta usia insan, Yang menentukan panjang atau singkatnya, maka kita dapati Al-Quran memberikan ingatan tentang usia 40 tahun dengan penuh makna dan menusuk jantung hati. Demikian Allah berfirman: (maksudnya)
“dan Kami berpesan kepada insan agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan dan melahirkannya dengan kepayahan, dan tempoh mengandung beserta menceraikan susunya ialah tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat matang yang sempurna dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, maka dia berdoa: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah untuk kebaikan dalam zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)” (Surah al-Ahqaf: 15)
Bagi yang dapat memahami bahasa Arab, dapat merasai keindahan bilah-bilah ayat di atas. Ia tersusun dengan cantik, indah dan penuh kerohanian. Ia menusuk kalbu, menusuk rohani yang lesu lantas mengheret insan ke dataran Tuhan. Ia mengingatkan tentang perjalanan insan; dari hari dia dalam kandungan ibunya, sehingga dilahirkan, sehingga matang, sehingga berusia empat puluh.
Lalu dia diajar agar berdoa untuk dirinya, untuk keturunannya dan agar dia bertaubat atas segala dosa yang dilalui sebelum menjelang empat puluh. Maka dia pun menjadi insaf yang benar-benar menyerah diri atau muslim. Dengan ayat ini, insan yang insaf tersentuh jantung hatinya, perasaannya tersentak, rohaninya sebak lalu dia terduduk insaf, taubat, ibadat dan terus membasahi perjalanan hidupnya dengan linangan airmata takwa sehingga bertemu Allah.
Keinsafan
Allah dalam ayat di atas mengingatkan insan tentang sejarah hidupnya yang pernah dikandung ibu, agar dia tidak lupa setelah lama hal itu berlalu. Insan diingat tentang payahnya pengorbanan tersebut. Setelah dia dilahir dalam keadaan yang sukar itu, dia mula melalui perjalanan hidup sehingga ke usia matang. Al-Quran tidak pula menyebut tentang berapakah usia matang tersebut. Para mufassirin berbeza pendapat. Namun, ia barangkali sekitar antara 30an ke 40an. Ada yang lebih awal, dan ada pula yang mungkin terlambat. Apapun, insan apabila sampai usia empat puluh maka itu adalah tarikh yang wajib untuk dia mengingati dan menginsafi hakikat kehidupan yang dilaluinya selama ini.
Perjalanan hidup; pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami ‘apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?’. Dalam suasana keinsafan itu, dia lantas berdoa dengan penuh harap agar Allah memberikannya kurnia perasaan ‘kesyukuran’ atas segala nikmat yang diperolehi selama ini. ‘Syukur’ adalah tanda atas keinsafan terhadap hakikat diri bahawa segala nikmat ini hanyalah dari Allah. Maka, hilanglah bongkak, hilanglah sombong, hilanglah bangga diri dan terasa kerdil atas segala yang dinikmati.
Kesombongan
Kesombongan atau bongkak adalah musuh insan. Kesombonganlah yang menimbulkan pemusuhan antara Iblis dan Adam, kesombonganlah yang menjadikan Iblis dilaknat. Kesombongan juga yang menyebabkan Firaun dan Qarun menolak dakwah. Kesombonganlah yang menyebabkan ada insan yang dihina kerana kekurangan yang ada padanya. Kesyukuran membunuh kesombongan. Usia 40 tahun, usia yang menghalau kesombongan, bukan usia untuk mendabik dada dengan menyatakan ‘aku, aku dan aku..’ tetapi usia yang mengingatkan insan untuk berkata ‘segalanya nikmat Allah’. Hilang bongkak, lalu nikmat ibadah pun menjelang dan insan memohon kurnia agar dia dapat terus beribadah dengan cara yang diredhai Allah. Pada usia ini, teringat pula tentang zuriat yang bakal muncul dalam kehidupan, lantas insan pun berdoa untuk zuriatnya seperti yang Allah ajar dalam ayat di atas.
Selepas itu, menginsafi perjalanan hidup selama empat puluh tahun, insan pun berkata “Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang menyerah kepadaMu)”. Bergabunglah keinsafan, taubat dan penyerahan. Maka berdasarkan ayat dalam Surah al-Ahqaf ini, kita diajar untuk bertaubat apabila menjelang usia 40 tahun. Kata al-Imam Ibn Kathir (w. 774H):
“Ayat ini memberikan petunjuk bahawa insan apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah, serta bersungguh-sungguh mengenainya” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/281. Saudi: Dar al-Tibah).
Ganjarannya..
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)
“mereka (yang bersifat seperti itu) itulah orang-orang yang Kami (Allah) terima dari mereka amalan yang baik yang mereka telah amalkan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahan mereka; (mereka akan dimasukkan) dalam ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka”. (Surah al-Ahqaf: 16).
Indahnya janji dari Yang Maha Benar. Diterima segala kebaikan, diampun kesalahan dan dimasukkan ke dalam syurga. Alangkah indahnya. Soalnya, mampukah diri memulakan azam baru dan beristiqamah atasnya?! Berikanlah pertolonganMu Ya Allah!
Kematangan
Usia 40 tahun adalah usia yang mengajakkan kita untuk bersungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Usia 40 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman empat dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (Riwayat al-Bukhari).
Usia 40 usia adalah tanda aras usia insan yang insaf, syukur, merendah diri, ibadah, harapan, taubat dan penyerahan. Usia 40 adalah usia bersungguh-sungguh dalam memikul amanah, membuang kedangkalan, mengambil iktibar dari pengalaman dan bertindak dengan hikmah dan kebijaksanaan. Ya Allah! Selamat kami pada usia ini sehingga kami bertemuMu!

-- Jazakumullahu khairan kathiira

Selasa, 26 April 2011

sembilang asam pedas bunga kantan

ni masak pd hari ahad lepas 24/04/2011...beli sembilang ni kat bandar pontian belakang pasaraya Billion... semalamnye(sabtu)..1st time gi situ , adik ipar yg suggest gi situ...time tu balik drpd 1 majlis kahwin kat kukup pontian...ikan2 kat situ mmg fresh...baru naik dr laut katanya..tp harga pun xdelah murah sgt..lbh kurang je cam kat pasar..cuma nampak fresh sikitlah....beli dlm 2 ekor yg sedang RM20.00 oklah kan...yg penting anak2 & hubby punyer feberet...tengok gambor ni...
nak ker resipi..hehehe...saya ni pandai sgt masak tu idak ler..sikit2 yg mudah2 tu oklah untuk makan2 1 famili...untuk bukak restoran..mak oii..x terpikir la sampai ke situ...ni resipi yg diajar drpd mak saya, atuk saya, mak sedara saya....skarang turun ilmu ni kat saya...maaflah ye pd sesapa yg terer2 bab memasak ni kalau resipi saya ni ada cacat celanya...tapi so far hubby makan dgn seleranya...ni kes nk jaga hati kot..hehehe....tp yg penting saya suka tgk anak2 ngan hubby mkn dgn selera tanpa komen2 negatip...ni resipinya yer....

bahan2:-
 (A)
cili kering blended (anggaran 1 mangkuk kecik)
bawang merah 5 ulas
bawang putih 3 ulas
halia sikit
kunyit sikit
belacan sikit
 (B)
1 kuntum bunga kantan (belah 2)
1 genggam daun kesum
air perahan asam jawa - agak2
gula / garam / ajinomoto secukup rasa
sedikit air - agak2 nk pekat mana

cara memasak:-
tumis semua bahan yg diblend (A) tadi, masukkkan bunga kantan, kmdn tumis sampai naik bau, masukkan gula, garam, ajinomoto....agak2 dh mereneh tu masukkan air asam jawa, masukkan ikan, masukkan air...kacau & tunggu hingga mendidih masukkan daun kesum...itu sahaja...selesai


Ahad, 24 April 2011

masak lemak cili merah daun kunyit

 yang ni saya guna ikan kacang...sbb panjang bodi dia kot, tu yg dipanggil ikan kacang...saya prefer goreng dulu kalau masak style ni....kalau yg jenis x tumis main lebur  jek .... x perlu goreng....kalau ayam or ketam terus je masuk cam biase...cubalah kalau nk tahu sedap ke tidak...

bahan-bahannya:-
*ikan jenis kesukaan sendiri...kalau ketam, ayam pun boleh juga...
(a)
5 btg cili merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
kunyit hidup sebesar ibu jari
1/2 sudu kecil belacan
(b)
3 btg serai - titik
1 helas daun kunyit
asam keping - anggaran 2 keping
santan dr 1 1/2 biji kelapa
garam/bhn perasa secukupnya

cara2:
blend semua bhn (a) kmdn tumiskan hingga naik bau, masukkan serai & asam keping ..tp jgn garing sgt..kmdn masukkan santan, daun kunyit & garam ...kacau dlm api pelahan hingga mendidih...masukkan ikan..gaul anggaran 5 minit...itu saje..selesai sudah


telur bulat....

tengok ni...slalunyer telur berbentuk oval/bujur kan...tp telur ni bulat jer...tp xde yg mustahil dlm dunia ni kan...apatah lg bukan pelik sgt pun...byk lg benda pelik selain dr telur ni kan...berapa byk kanlah..hehehe...kakakku yg dpt sewaktu pegi jemputan kahwin..x ingatlah bila...cepat2 snap sebelum dingap oleh anak sedaraku...


Jumaat, 22 April 2011

tElUr KaSiH sAyAnG

jOm berkasih sayang...!!..sumber www.mushpunyer.blogspot.com.


asyik bulat je kan, kali ni apa kata kita buat telur bentuk lOve pulak, kasik shOw off kasih sayang kita kat kawan, husband, anak², mak bapak, eh sapa² la yg korang rasa nk buat & bagi telur nih...hehheheh, jgn bg mkn byk² plak..haru kang 1 rumah kentut bau telur...hahahhah


Khamis, 21 April 2011

sape tag saya.....

 soalan2 cepumas yg ditag oleh http://puanxcomei.blogspot.com jom baca acara suka2 ini.

1.Bekas kekasih saya adalah seorang :
 
manusia....eh...eh...eh mane ade..mane ade...

2.Saya sedang mendengar :

cintamu mekar di hati ni (khas untuk hubby tercinta)

3.Mungkin saya patut : 

tidurlah...penatnyer

4.Saya suka :
 
kalau ada orang belanja saya makan tempat yg saya suka nk pegi...hehehehe

5.Sahabat baik saya :

adalah orang yang sgt baik dengan saya...dan sentiasa ada bsama saya saat suka & duka....ada ker...

6.Saya tak faham :

x faham lah..nape x kaya2 lagi ni..keh3

7.Saya kehilangan :

sifat keras hati...dan kini beralih ke lembut hati..eh..eh betul ke nih....

8.Ramai yg bertanya :

bila nak start buat kuih ni...aku nk order...alahai susahnya nk jwb...mak bz sgt nih...

9.Makna nama saya :

alah malulah nk cakap...sbb bes sesangat..nt masuk lift tekan sendiri...carilah dlm buku makna nama2 tu

10.Cinta itu adalah :

sesuatu yg sangat berharga yg x boleh dijual beli dgn wang ringgit....

11.Saya akan cuba :

jadi yang sangat terbaik dari yg terbaik...doakanlah ye..

12.Telefon bimbit saya :

hubby sayang hadiahkan nokia touch screen ......?sayang sgt

13.Bila saya terjaga dari tidur :

syukur masih dapat bnafas utk meneruskan kehidupan....

14.Saya paling meluat apabila :

orang tipu saya....menci3

15.Pesta/party adalah :

sesuatu yg leh wat kita kumpul together2..n hepi2

16.Haiwan yg paling comel :

kucing kot...sbb my sweet little semua suker kucing...

17.Peringkat umur yg paling menyeronokkan bg saya ialah :

semua peringkat umur...keseronokkan yg berbeza-beza....

18.Hari ini :

saya kerja cam biasa....layan anak2...layan fb...tgk blog....bla..bla..bla....

19.Mlm ini saya akan :

tgk tv....tgk anak2 punya homework....harvest farmville...tidurlah...

20.Esok pula saya akan :

x sabo tunggu hubby sayang saya pulang...ku merinduimu...

21.Saya betul2 inginkan :

hepi..bahagia ngan famili saya 4ever...

22.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pg ini :

ooh...x byk berubah..masih muda lagi...hahahaha

23.Siapa yg anda mahu tag :

ala ni yg letih...x tahulah...ramai kwn2 masak2 kat sini...nt x kacau korang ker..lenkali jelah...tu masalah seorang aku ni..paling ditakuti kalau nk wat sst...takut mengganggu ketenteraman...

Isnin, 18 April 2011

adik oh adik.....

hampir 10thn...november nt barulah genap 10 thn...tapi still panggil adik...dia ni lawak orangnya....suka menyakat & mengusik...ni cerita sikit...tghari ni...call ibu..menangis-nangis sekuat-kuat hati..kus semangat ingat kenapa....rupa-rupanya...cikgu cakap tali pinggang pengakap yg beli semalam tu x leh guna..cikgu nak yg warna silver..pelik pun ada..sbb setahu ibu..smalam beli warna silverlah...adik cakap bukan itu warna perak..(dgn suara yg tersekat-sekat sambung menangis)...gelihati pun ada..hihihi...silver...perak tu sama,,cuma translation bahasa je..BI ke BM....puaslah pujuk..cuba cerita betul2...dia pun cerita..cikgu cakap nak yg warna mcm yg karat2 sikit tu tp bukan warna gold..(tahu pulak warna gold camne)..kih3....ibu dh faham..ooh itu bukan silver la dik..itu bronze..warna cekelat yg mcm gold dh nk berkarat tu..ish3...bertuah punya anak...cikgu ni pun satu...hari rabu ni pertandingan perbarisan...baru nk itu...nk ini...pastu ckplah betul2..nak warna bronze..ni main ckp beli tali pinggang je...ok dik nt malam kalau x penat kita keluar kejap..kalau x pun esok ptg lepas balik keje ibu singgah kedai tukar tali pinggang tu...HARI RABU...so masih sempat lagi....





Sabtu, 16 April 2011

INILAH HASILNYA.....

inilah hasil kerja tanganku yg tak seberapa...tp sungguh ikhlas dari hati suci murni...idea sendiri. mula2 rasa memang payah nk fikir nak buat camne..kdg2 rasa kurang yakin terhadap diri sendiri..boleh ke aku buat ni..rasa memang boleh buat tapi cantik ke nanti...si adik beriya-iya mintak kakaknya sponsorkan..tak kisah macamane pun rupanya janji nak tema purple+white campur color lain pun xpe...tak cuba tak tahukan..so inilah hasilnya...cupcake sbyk 36 pcs adunan chocolate moist cake dihias fondant + readymade gumpaste flower khas buat adik bongsu( kita org panggil si chuchuk) sempena majlis pertunangan 19 feb yg lalu....





Khamis, 14 April 2011

LAMANYA...........

lamanya..x update blog ni....apa nk jadi ni...tgk blog org lain semuanya cantik2...x sempatlah, itulah alasannya...dah tahu dah..dah biasa pun..hehehe. tapi mmg betul2 x sempat..2011 ni masa cukup padat, byk sgt xtvt..almaklumlah 3 org anak...semuanya dh bersekolah...bz..bz.dan bz lg..itulah rutin harian seorang aku sbg ibu..isteri..pekerja...byk juga kuih muih n hasil air tangan yg x sempat2 nk di upload dlm ni...lebih2 lg..skarang ni dh mula addicted ngan hobi baru...melayan fb...main gamelah..ish3...semua tu utk mengisi ruang hati yg kdg2 dilanda kebosanan bila asik fikirkan diri sibuk dgn tugas2 seharian....
meh tengok..nilah kuih cara berlauk..order drpd kwn opis utk majlis kenduri doa selamat pd 8/3/2011...dh sebulan lebih baru masuk gambornya...tq kak nor
yg ni koci pulut hitam...kak nor yg order jugaks sebanyak 50 pcs.





cream puff ni pulak order dr jiran depan rumah kak sal pd 9/4/2011..nk bawak gi singapore utk mkn2 sempena majlis kenduri kahwin anak saudara...sebanyak 500 pcs...bukan tu je tambah lagi 150 pcs kwn opis order jugak...kak faiz nk buat mkn2 pd harilahir ayahanda katanya...anak2 kat rumah pun tumpang request jugak....mak oii...penatnye...rezki Allah jgn tolak....syukur alhamdulillah..