Selasa, 28 Jun 2011

YoK tOlOnG bAbAh...!!!

 hah.....bila tiba time cuti atau takde apa nak buat.....daripada tidur atau rehat2 saje.......meh tolong babah bersih belakang rumah yg dah bersarang.......kalau biarkan leh jadi hutan hujan tropika.......amboi......amboi.......amboi over la pulak, takdelah sampai macam tukan......hehehe

kamu.....kamu.....& kamu....yang kusayang

ibu kemas depan & dalam rumah
kamu......kamu.....& kamu......hihihihi silalah ke belakang rumah......nah ambik cangkul & parang..1..2..3 mula....
sesekali bergotong royong macam ni anak beranak.....mmg seronok
tapikan mmg betul pun seronok...lepas buat semua ni rasa hepi jek
sebab semua org keluarkan peluh.....untuk siapa?
untuk kita & keluarga kita...yehaaa...sekali lagi hidupku hepi....


Rabu, 22 Jun 2011

~ SAHABAT ~

thumb_sahabat.jpegSahabat adalah orang yang banyak berinteraksi dengan kita dan kuat pula pengaruhnya terhadap peribadi dan kehidupan seseorang. Oleh itu dalam bersahabat perlulah terlebih dahulu memilih sahabat yang dapat membawa kepada kebaikan. Disamping itu kita perlu menjaga adab-adab persahabatan.

Kata Imam Ghazali:
Didalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:

1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.

2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.


3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.

4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.

5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.

Kesimpulannya
Dalam memilih sahabat,perhatikanlah sifat mereka.Mereka yang mempunyai ciri-ciri di atas kita pilih sebagai sahabat,tetapi mereka yang tidak memiliki ciri-ciri tersebut kita sekadar kita berbaik dan bertegur sapa sahaja.Adalah lebih baik jika kita mampu menegur kesalahan mereka agar mereka memperbaiki diri dan meninggalkan sifat buruk mereka.

Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!

Isnin, 20 Jun 2011

~soto~

kenapalah selalu sibuk sangat....dah lama dh niat nak post entri ni..tp baru berkesempatan...syukur ada juga masa yg sesuai...seronok sebenarnya kalau dapat menulis dgn panjang lebar..akan tetapi kekadang idea seakan tersekat-sekat...tapi kira ok lah ni kan drpd x tahu apa nk ditulis langsung....marilah kita berkongsi resipi kegemaran orang johor ni.....

~soto nasi~

bahan2 untuk kuah
rempah penumis (kayu manis / bunga lawang / buah pelaga / bunga cengkih)
ayam - anggaran 1 1 /2 ekor - ( 1 ekor ayam potong 4)
serai - 2 batang dititik
1 inci lengkuas - diketuk
*10 biji bawang merah (kalau bawang besar dlm 4-5 biji cukup)
*5 ulas bawang putih
*1 1/2 inci halia
*1 peket rempah soto (saya guna rempah adad)
*2 sudu besar rempah beriani / rempah kurma (yg ni saya guna beriani)(semua bhn tanda* kisar ye - jadi satu)
daun bawang /sup
garam / bhn perasa /gula sikit

cara masak:-
tumis rempah penumis hingga wangi...masukkan lengkuas, serai & bhn yg kisar tadi tumis hingga mereneh... bau wangi & bila dh garing sikit masukkan ayam...kaki...leher...semua angota ayam...kepala je jgn hehehe...tuangkan air secukupnya....kmdn masukkan garam gula & bhn perasa..masak sampai ayam empuk...dah sedap, tabur daun sup/bawang....nk letak bwg goreng pun boleh( saya x letak...nk mkn nt baru letak)*jangan lupa keluarkan ayam yg dikerat 4 td...sejukkan then siat-siatkan isi dia......

aksesorinya:-
nasi impit / ketupat segera - potong 4 segi
ayam yg disiat tadi
kacang tanah goreng
soo hoon goreng
taugeh - dicelur
bergedil - (next entry ye resipi )
daun bawang/sup - dihiris
sambal kicap

~ selesai ~