Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT DATANG 2010

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru untuk semua.....kejap jer dah masuk 2010. Semoga di tahun baru ini akan lebih bermakna dalam hidup ini....sekian saja untuk perjalanan 2009..mohon maaf kepada semua rakan dan tetamu blog ini yg mana zue tak dapat memenuhi order mereka..kekadang bukan zue sengaja menolak order..tp zue ni manusia biasa, di mana masa adalah syarat utama untuk memenuhi kehendak pelanggan...kekadang ada yg order last minit..jd kesuntukan masa untuk mencari bahan2 penyediaan, tu yg terpaksa menolak. Apapun terima kasih byk2 kepada semua rakan yg sentiasa menyokong zue dari mana sudut pun....harapan zue untuk 2010 ni, agar BLOG AURARASA sentiasa dikunjungi ramai...sekian

marble cheese brownies


baru sempat nk upload gambor....ni order drpd kwn lama masa standard 1 to 6 kt kluang, dia ni peminat cheese cake...tq byk2 ye azidah...nice to meet u again

Selasa, 15 Disember 2009

puding roti marble



puding ni zue buat khas untuk cikgu hanum(jiran).sempena majlis berkhatan anak tunggalnya redha...sesiapa yg berminat nak order puding roti marble ni harganya RM20.00 /tray(9'x9').

marble cheese brownies


terima order drpd kak marina(principal of smart reader kids)....tq byk2 kak marina.

Khamis, 26 November 2009

apam mawar


apam mawar ni diorder oleh afzah dr tmn tun aminah utk makan-makan katanya...order sebanyak 140pcs(70 pcs pink - 70 pcs purple). terima kasih byk2 pd afzah.

Selasa, 17 November 2009

minum petang


suka sgt buat brownies ni...sbb rasa paling senang nak menyediakannya, lagi pulak bahan2 semua ada..kebetulan ada tetamu nak dtg rumah, brownies ni zue buat pd sabtu lepas.

cream puff


cream puff ni ordered pd hari jumaat(13/11/2009), repeat order oleh cikgu aza(guru kelas afiq) sempena jamuan perpisahan akhir tahun. mula2 cikgu aza cal nak order 200 pcs, kmdn dia call lagi skali nak tambah lagi 100pcs. terima kasih pd cikgu aza...lenkali order lagi eh.

Isnin, 9 November 2009

kuih cara berlauk



kuih cara berlauk ni berintikan daging kisar, sesape yg tak makan daging takde masalah boleh digantikan dgn daging ayam kisar, yg berkenan & berminat boleh order. harganya RM17.00 - 50pcs lebh kurang seringgit 3 ketul. kuih ni pun zue buatkan untuk adik ipar sempena majlis cukur jambul & kenduri arwah sabtu lepas. habis licin semuanya......

apam mawar / apam mekar





ni merupakan produk baru dlm blog aurarasa, so sesiapa yang berminat & berkenan boleh order dgn zue ye..harganya zue kira camni:- RM12.00 - 70pcs. ni gambar apam mawar yg zue buatkan untuk adik ipar yg tinggal kt saleng, johor sempena majlis cukur jambul anaknya yg kedua sekali ngan kenduri arwah bapa mertua.

Isnin, 26 Oktober 2009

minum petang



ni adalah kudapan minum petang semalam(ahad-25/10/2009), actually dah lama nak buat..baru berkesempatan kali ini. "KEK LAPIS NUTELLA" inspired from brother rozzan's blog, rasanya boleh tahan sedap..tetapi agak manis sikitlah, so next time kena kurangkan gula sikit...apapun puas hati..walaupun resipi free tapi menjadi..x mcm sesetengah resipi tu harap gambar jer cantik..tp bila try buat..hampehh...pasni nak try resipi lain pulak.

marble cheese brownies

brownies diorder oleh tuan empunya blog"my sweetheart78" pd jumaat lepas(23/10/2009), katanya dia terima byk tempahan cheese tart & x sempat nak buat brownies ni so dia pass kat zue..anyway tq byk2 kat ena...

Isnin, 12 Oktober 2009

cream puff lagi


ni yg dikatakan rezeki...alhamdulillah, ni pulak order pd hari ahad 11/10/2009, hari jumaat ari tu afiq ada jamuan raya kat sekolah, dia promosi kat cikgu pulak, so cream puff ni diorder oleh cikgu kelas dialah untuk open house katanya..sebanyak 100pcs..lagi 100pcs ditempah oleh kak ani yg duduk lorong belakang rumah..untuk open house jugak..terima ye cikgu aza & kak ani...nanti jgn lupa order lagi.

cream puff


ni order pd hari jumaat 09/10/2009 - sebanyak 150pcs untuk kak liza, tuan empunya blog "memasak sambil bersantai tu, untuk marhaban katanya..terima kasih ye kak sudi order cream puff ni ngan zue, mula2 kak liza nak 100pcs..pastu dia call balik tambah lagi 50pcs.
50pcs lagi, repeat order dr ida yg bekerja di EON Bank tebrau untuk marhaban jugak..yelahkan time2 ni mmg musim marhaban, terima kasih jugak kat ida, kebetulan hari tu anak yg sulung ada jamuan hari raya kat sekolah...so buatkan skali untuk dia.

Isnin, 5 Oktober 2009

kek / brownies

02/10/2009(jumaat)...ambik cuti sbb ada majlis marhaban..seperti tahun2 yg lalu..lorong tempat zue 12/6 tmn pulai indah..mmg meriah kerana kami akan masak beramai-ramai..pasang khemah..tp sayang dalam kesibukan ini..zue lupalah nak snap segala gambar sepanjang majlis berlangsung...dah mcm kenduri kahwin..rewang beramai-ramai. tugas zue buat puding koktel..pun lupa nak snap gambar, yg sempat ambik gambar cuma kek marble & marble cheese brownies..zue sponsor khas untuk mkn2 majlis marhaban malam tu..layan gambor ni..

Selasa, 29 September 2009

lagi blueberry cheese tart





hari jumaat 18/09/2009...ni pulak order drpd adik ipar( jora)...untuk kwn2 yg bekerja di asiapin & avon..tq byk2...tolong jualkan kat kengkawan..sebanyak 500 pcs...ada yg nak bawak balik kampung katanya....sebenarnya last minit ada tambah order..tp dah x larat nak buat..kuih raya utk rumah sendiri pun x buat lagi...nanti lepas seminggu raya..baru boleh start buat lagi..sori ye pd sesape yg pemintaanya x dpt dipenuhi.

blueberry cheese tart


isnin(14/09/2009), terima order drpd shah yg bertugas di Yayasan Pelajaran Johor sebanyak 360 pcs..kata shah dia nak bg kat kwn2 ofis..terima kasih ye dik...nanti boleh order lagi...tp lepas rayalah eh...

Isnin, 7 September 2009

cenderahati dari TUANKU





ni merupakan cenderahati(kurma)didatangkan khas drpd istana negara, sempena majlis berbuka puasa pegawai ATM bersama DYMM SPB Yang Dipertuan Agong.

bingka ubi


bingka ubi ni dibuat pd hari khamis(03/09/2009)bersamaan puasa yg ke 11, dapat ubi ni dari kak maz jiran zue seminggu lepas, dia bawa dari kampungnya kat muar. kmdn hantar ke rumah jiran2 terdekat untuk buat buka puasa termasuklah rumah kak maz ni. dah tinggal sikit baru teringat nak ambik gambor

Rabu, 2 September 2009

marble cheese brownies


ni adalah order daripada diana yg bekerja di KL, dia suruh abangnya yg berada di tmn sri skudai ambik masa hari jumaat 28/09/2009 kat rumah zue. mungkin dia balik bercutilah tu. apa pun terima kasih diana...kerana sudi tempah brownies ni ngan kak zue...kalau sedap order lagi yer.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Mini Cream Puff


cream puff ni(50 pcs) order daripada ida yg bekerja di EON BAK Tebrau, dia minta zue hantarkan ke rumah maknye di Tmn Skudai Baru.....saje untuk makan2 katanye..terima kasih ye ida..nanti boleh order lagi

Rabu, 19 Ogos 2009

KERABU TOMATO

ahad 16/08/2009...zue buat kerabu tomato yg di adaptasi dari rinnchans fp jugak, cuma ada add on sikit jer....kebetulan husband mmg penggemar apa jugak jenis kerabu dan ulam-ulaman. Mula2 cuak jugak, takut tak sedap...tp apa salahnya mencuba. lagipun bahan-bahannya murah dan senang nak cari....lepas buat, confirm sedap kerabu tomato ni..thank you kak rinnchan...husband zue suka..cuma anak2 mmg tak makan bende2 camni..budak2lah katakan..jom tgk gambor ni...resipi pun zue bg skali.
KERABU TOMATO
segenggam ikan bilis - digoreng garing
4 batang kacang panjang - dipotong kecil (ni takde dlm resipi rinnchan, zue tambah sendiri)
3 biji buah tomato masak - dipotong dadu
1 batang serai - dihiris halus
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 labu bawang besar - dipotong dadu
10-15 batang cili padi - dihiris halus
sedikit garam dan gula
sedikit air perahan limau nipis / lemon
cara2nya:
gaulkan kesemua bahan yg dihiris / dipotong menjadi satu ke dalam mangkuk...kemudian masukkan garam, gula sesedapnya...perahkan air limau nipis/lemon akhir skali baru masukkan ikan bilis goreng..gaul rata..dan sedia dihidangkan.

CHOC CHEESE CAKE

kek ni zue buat saje untuk makan2 masa minum petang sabtu lalu(15/08/2009).kek ni inspired from rinnchan fotopages....ni adalah request dari anak2...dia org mmg suka suruh ibu buat itu ini..kalau time x keje...kek ini sempat sampai kat 2 rumah jiran berhampiran. jom layan gambor

Isnin, 10 Ogos 2009

mini cream puff

sabtu 08/08/2009, sebelah malam ada jemputan ke majlis aqiqah dan cukur jambul kat rumah jiran zue kak ina namanya. teringat zue 2 tahun lepas masa zue buat majlis yg sama untuk anak dara zue, kak ina ada bagi kuih(baulu cermai). so kali ni giliran zue pulak..nak bagi kuih kat dia...masa mengandungkan anak dara ni pun kak ina ada buatkan nasi kerabu, waktu tu bulan
puasa..memang teringin sesangat nak makan nasi kerabu....kak ina ni orang kelantan..so mmg sedaplah nasi kerabu dia tu...pikir punya pikir...zue senang buatkan cream puff jer...selalu orang buat besar2, tp kali ni zue buat mini size..sesapa yg berkenan nak order janganlah malu sms @ call zue yer..murah jer RM18.00 untuk 50pcs. jom layan gambor ni..




Rabu, 5 Ogos 2009

jalan-jalan cari makan

ni sebelah malam pulak...seperti selalu, mcm tahun-tahun yg sudah..memang ke sinilah tempat dituju...DAMAI SEAFOOD VILLAGE..di kg danga dekat ngan tmn perling...sini merupakan tempat favourite kami sekeluarga...ni kira nak promotelah ni..bagi kami makanan di sini mmg sedap..itu tekak kami..tak tahulah org lain...mmg setiap tahun kalau birthday or anniversary mmg selalu gi sini..bukan tak pernah cuba tempat lain...tp bg kami masakan di sini mmg jauh lebih sedap dari tempat lain2 tu..jom tengok
yg ni otak-otak kukus, agak pedas tp boleh tahan sedap
yg ni pulak..KETAM KUKUS DI AWAN...glamournye nama dia..tak pedas, sesuai untuk kanak2....takkan org dewasa je yg nak makan..anak2 kene pikir jugak...

11th wedding anniversary

02-08-2009, ulangtahun perkahwinan yg ke 11, punyalah malas nak buat kek untuk diri sendiri....walaupun dah tahu teknik-teknik nak mendeco..tp kalau dah malas kuasa 2 tahap gaban..inilah jadinya...sbb dah terbiasa dari mula lagi...kalau ada event yg penting2 dalam hidup ni main order je..kali ni nak try buat sendiri konon...layan gambor ni..

Khamis, 30 Julai 2009

chocolate muffin

aurarasa.blogspot
chocolate muffin with chip + almond- RM1.00/pc, please make order 3 days earlier from day pickup / delivery

choc moist cake(CMC)-oven


kek coklat lembab@chocolate moist cake with ganache topping
RM40.00 /kg...untuk tempahan sila bagitahu 3 hari awal sebelum tarikh pickup / delivery

Isnin, 20 Julai 2009

minum petang

sabtu lepas(18/07/2009)....ada member lama dan adik dr kluang nak datang rumah, so pikir ape nak buatkan untuk dia orang ni...check peti ais, tgk ada cheese, butter pun ade...tgk dalam tempat simpan bahan kuih, koko ada, susu cair ada, so senang buat marble cheese brownies jelah...simpan lama2 pun tak elokkan..so buat jelah bukan susah sangat...kacau-kacau...gaul-gaul....masuk oven. anak2 pun suka makan brownies ni..