Khamis, 26 November 2009

apam mawar


apam mawar ni diorder oleh afzah dr tmn tun aminah utk makan-makan katanya...order sebanyak 140pcs(70 pcs pink - 70 pcs purple). terima kasih byk2 pd afzah.

Selasa, 17 November 2009

minum petang


suka sgt buat brownies ni...sbb rasa paling senang nak menyediakannya, lagi pulak bahan2 semua ada..kebetulan ada tetamu nak dtg rumah, brownies ni zue buat pd sabtu lepas.

cream puff


cream puff ni ordered pd hari jumaat(13/11/2009), repeat order oleh cikgu aza(guru kelas afiq) sempena jamuan perpisahan akhir tahun. mula2 cikgu aza cal nak order 200 pcs, kmdn dia call lagi skali nak tambah lagi 100pcs. terima kasih pd cikgu aza...lenkali order lagi eh.

Isnin, 9 November 2009

kuih cara berlauk



kuih cara berlauk ni berintikan daging kisar, sesape yg tak makan daging takde masalah boleh digantikan dgn daging ayam kisar, yg berkenan & berminat boleh order. harganya RM17.00 - 50pcs lebh kurang seringgit 3 ketul. kuih ni pun zue buatkan untuk adik ipar sempena majlis cukur jambul & kenduri arwah sabtu lepas. habis licin semuanya......

apam mawar / apam mekar





ni merupakan produk baru dlm blog aurarasa, so sesiapa yang berminat & berkenan boleh order dgn zue ye..harganya zue kira camni:- RM12.00 - 70pcs. ni gambar apam mawar yg zue buatkan untuk adik ipar yg tinggal kt saleng, johor sempena majlis cukur jambul anaknya yg kedua sekali ngan kenduri arwah bapa mertua.